Saturday, January 12, 2013

:: HKR 112 - Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat ::

Date : 12 Jan 2013
Place : KL
Time : 2.00 - 5.00 p.m.
Members : K.nora & the QNET gengs and Me

What's the "HKR 112"??? Ermmm,,smua rakyat Malaysia msti tahu sbb hari ini merupakan hari yg sgt2 dinantikan oleh rakyat yg ingin menuntut "kebebasan" daripada penjajah Melayu (bknnyer British).
Smua rakyat Malaysia yg b'bagai agama & bangsa keluar menuntut hak mereka sbg rakyat yg bebas b'suara dan menuntut Pilihan Raya diadakan utk berlakunya p'tukaran Kerajaan...huhuhu (kejam skit ayat)
Perjalananku bermula seawal jam 9 pagi lebih (xde r awal sgt sbb org lain kul 8 ag...huhuhu). Seperti biasa,,,pengangkutan famous student UKM ialah KTM...so jom naik utk ke destinasi yg sgt dinanti2kan.
Masa sampai kat KTM aku t'kejut sbb ramai betul org tengah beratur nk beli tiket (terfikir sejenak smua nk ke HKR 112 ke??? SubhanaALLAH),,ada r jgk terserempak dgn budak2 UKM...mahasiswa bangkit sudahhhhhhhhhhh (^_^)
Kami sampai dlm kul 11 lebih kot (xingt sgt...huhuhu). Untuk memenuhi waktu sementara menunggu himpunan bermula, kami jalan2 tengok barang dan orang. Puas shoping2 kejap kami mula mencari crowd (nk join berarak...hehehe).
Kami terus berjalan beramai2 untuk ke Masjid Negara (nak solat Zohor). Sampai saja kat masjid, Ya ALLAH ramainyer (tua+muda+kecik+besar semua ada)...aku tersenyum sendiri (gembira),,semangat2x!!!
  Disebabkan terlalu ramai orang, kena r tunggu habis org solat dulu baru aku bleh solat (xckup ruang sudahhhhhhhhhh...huhuhu). Xpe r lambat solat pOm asalkan solat,,tu yg penting. Sebelum solat, kami sempat  membeli something special yg sgt comel (xthu nama,,bnda yg kita bleh ikat kat kepala yg tertulis "Tuntutan Rakyat"...huhuhu)
Seusai solat,,perarakan ke Stadium bermula...best dapat berarak ramai2 (first time ni...huhuhu). SubhanaALLAH dr mana dtg smua "pejuang2" ni...sungguh tegar dan bersemangat walaupOm dalam keadaan panas dan bersesak2. Suasana perarakan sungguh colourful dgn warna baju HIJAU+MERAH+KUNING. Aku terjumpa dgn 2 org Cina (lelaki) yg tempang kakinya,,aku cuba menegur: Tak penat ke Uncle??? Dia jawab: tak,,,tak (walaupOm aku tgk badannya sudah basah dgn peluh)...Ya ALLAH berilah hidayah kpd hamba2-Mu ini,,,jika dia sanggup bersusah payah menjatuhkan kezaliman di dunia mana mungkin dia tidak sanggup beriman kepada-Mu yg Maha Agung...amin Ya Rabb!!!
Sepanjang perjalanan ada kedengaran "TAKBIR",,memang laungan ini xbisa hilang dr bibir kami2 yg mengagungkan-Mu Ya ALLAH. Dengarkanlah rintihan+doa kami2 yg tertindas selama ini Ya ALLAH.
Sampai di pertengahan jalan,,,tiba2 kami berhenti sbb xdapat nak masuk dalam Stadium sbb dah "PENUH"...huhuhu,,,sedihnyer =(. So kami lepak2 jela kat luar,,macam2 ragam manusia ada...comel sgt...hehehe ^_^
  Disebabkan kami xdapat masuk,,dan dah agak lama memerhati persekitaran yg sungguh "sweEt",,,dalam kul 4 kami merancang utk balik (syg tapi nk buat cmner). Ramai r jgk orang lain yg beransur pulang sbb sedikit kecewa kot xdapat masuk ke dalam stadium sbb dah penuh....ermmmm,,nampak gaya klu ada p'himpunan ag kena buat tmpat terbuka...grenti muat kan >_< 
Semasa naik KTM nk pulang ke UKM,,aku duduk bersebelahan dgn seorg gadis Cina br balik dr HKR jgk...semangat sungguh aku tgk,,,dia berpakaian Bersih 3.0 sedangkan aku hanya berpakaian Hijau+Putih (PAS tu...hehehe). Aku mintak nk bergambar dgn dia,,she's fine so snap pic....thanks k.nora tlng ambik ek.
Dalam perjalanan aku "terlena" seketika,,,alhamdulillah slamat sampai ke UKM. Aku melambai gadis Cina tersebut,,,dia tersenyum and I said: see u again sis (^_^)

~ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dgn berbondong-bondong, maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. ( An-Nashr : 1-3 )


~> Smoga kemenangan menjadi milik ISLAM yg mutlak Ya ALLAH...amin <~

Tuesday, December 25, 2012

** Rehlah Aaamin Taqabbalallahuminna **

Place: Cameron Highlands Kolej Aminudin Baki
Date: 25 December 2012
Time: 5.00 p.m

Bertambahnya sweEt mEmory aku hari ni bersama2 Geng Amin yg tercinta. Planning yg sungguh terancang oleh Asiah, thanks dear sbb sudi planning this "Rehlah". WalaupOm stress nak exam tp perlu gak ada time to release tension (bkn tension exam sbnrnyer tapi TESIS...aarrrrgggggghhhh).
Yang JOIN: Asiah, K.Afzan, K.Asmat, Nadhirah, Saadah, Fatihah, Khairiah, Akma, Solehah, Jayyidah, Fitriah & me. Tapi yg sedihnya Ketua Geng kami, Kak Nora xdapat join...huhuhu =(
Biasa r klu nak rehlah kena ada makanan + minuman + game kan,,,barulah "meriah" skit so seperti biasa bab2 makanan Chef Asiah yg handle...hehehe (^-^).
Menu: Nudget + Sandwich (Roti & Sardin) + Kentang + Jajang + Dadih + Coklat (Hadiah dr UP) + Air Sirap. walaupOm makanan simple tapi layannnnn...besttttt sgt2x.
WalaupOm xbanyak game yang dibuat tapi "Luahan Hati" dari kami2 membuatkan semuanya sebak...I LUV U all frenzs. Saadah & Akma seperti biasa telah siapkan video special utk kami sbg luahan perasaan mereka,,sweet bila tgk gambar2 kami bersama...mengimbau kembali kenangan2 bersamamu di benak fikiran kami semua.
Aku buat kelainan skit la,,tringat masa skolah dulu2...mesti buat seloka nak masukkan dalam Majalah, sO aku gunakan peluang ni utk buat seloka kat my geng...hehehe (sory klu ada yg terasa,,,smuanya gurauan semata2x...peace nO war)
Khairiah buat kelainan skit dgn membaca DOA khusus utk kami semua,,terharu sgt2...smOga UKHWAH kami berkekalan Ya Allah..hanya kepada-MU kami meminta. Kerana-MU kami berjumpa, bersama, berukhwah tapi kerana-MU jualah kami terpaksa "Berpisah" tapi semuanya tetap abadi di dalam hati. Majlis berakhir dengan bacaan DOA oleh Asiah (big bos utk Rehlah ni),,,Amin2 utk doa tadi ^_^.
Seperti biasa, ada sesi bergambar dan bersalam-salaman (mintak maap frenzs sbb byk kesalahan diri ini biasa r budak baru blajar)...huhuhu
For the last: GUD LUCK utk last exam kita kat UKM (dah tahun 4,,,cepat rasanya masa berlalu)

 



>> BerJUMPA & berPISAH lumrah kehidupan tapi 1 pintaku, INGATLAHKU selalu diingatanmu kerana terlalu byk KENANGANMU bersamaku <<

Thursday, November 22, 2012

:: Barakallahulakum ::

Date : 21/11/2012
Place : Ruang Tamu K6H, Aminuddin Baki
Time : 5.00 p.m
By : Kak Nora, Kak Afzan, Kak Asmat, Asiah, Saadah, Akma, Khairiah, Fatihah, Fitriah & I

First "greating" for my frenz Siti Nurnadhirah Bt Samsudin & pasangan (Mohd Fadhly)...TAHNIAH sbb dah "Kahwin",,,barakallahulakum!!!
Sory r klu sambutan xmeriah sgt,,,sekadar mampu kami geng2 Amin buat party untuk celebrate ur weEding...he5
 ~ Semoga JODOH awak b'panjangan ~

Akhirnya ada jugak salah sorang geng aku yg kahwin awal,,walaup0m xhabis study pOm ag...JODOH, REZKI, MAUT semuanya telah ditentukan,,,so kita juz go on....
Best x kahwin???Ermmm,,,fikir2kan & tanyalah IMAN adakah ANDA sudah bersedia untuk menjalani kehidupan dengan pasangan masing2x....hanya ANDA YANG ADA JAWAPANNYA (^_^)

 < Tolong Beritahu Jodohku >

Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,
Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dari-Nya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya
Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya
Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dgn yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.


Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepada-Mu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua.

so BERDOALAH....smOga dipermudahkan urusan...amin Ya Rabb.

Sunday, November 11, 2012

.:: REUNION SK.PERUPOK ::.

Date: 22 Oktober 2012
Day: Ahad = Hari Raya Haji ke-3
Place: Pantai Irama, Bachok

Xsabar menanti tarikh ini, planning untuk "Reunion" student sekolah rendah dulu...macam xpercaya tapi inilah realitinya. Tercetus idea ni sbb dah lama xjumpa kawan2 sekolah rendah dulu,,tapi akhirnya berkenalan kembali di laman sosial yg sangat famous semestinya ::FACEBOOK::. Nasib baik ada kawan lelaki aku yg sudi nak incharge utk reunion ni...thanks a lot my frenz.
Tibalah hari yg dinanti2kan:
Mula-mula sampai, malu r gak nak tegur (sbb lama xjumpa....huhuhu) tp beberapa seketika baru r berani. First aktiviti: Lelaki <barbeque = bakar daging>, Perempuan <siapkan air + hidangkan makanan>,,sementara menunggu lagi kehadiran kawan2 yg akan datang. Next: buat halaqah (bulatan) utk sesi "ice-breaking" utk m'perkenalkan balik diri sendiri (ada yg xingat nama...huhuhu),,,yang penting nak tahu sekarang belajar lagi @ dah bekerja. Antara kawan2 yang hadir ari tu, sorang baru kerja (NURSE melalui SPA),,sorang laki bakal kerja (dgn SPA gak)...TAHNIAH2X my frenzs!!!
Yang lain semua smbung study ag ke peringkat IJAZAH (br hbs Diploma),,salah sorang drpd kami bakal sambung MASTER dalam bidang yg sama kat UMT...TAHNIAH gak (^_^). Yang mengejutkan,,ada sorang antara kami yg dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak...barakallahulaku =). Dalam sesi ni,,kami akan b'tukar nombor fon masing2 utk kemudahan jika ada nk buat event ag. Sambil2 itu kami menikmati makanan yang ada,,walaupOm simple tapi mengeyangkan (alas perut jer).
Selesai sesi "Ice-Breaking",,so apa lagi sesi "Bergambar"....sesi paling penting dalam setiap event sbg kenangan kami2 utk masa2 depan...he5
Selesai bergambar,,kami bersalam-salaman dan bersurai dengan gembira. Syukran sahabat utk event ni yg penuh dgn "SwEet MemorY". Semasa bersama kalian ari tu,,teringat kenangan2 masa sekolah darjah 1 - 6 kat Sekolah Kebangsaan Perupok,,,byk kenangan Manis & Pahit bersama kalian. Klu diingatkan balik,,pelbagai perasaan yg hadir (GEMBIRA + LUCU + KETAWA + SEDIH + MARAH krn t'lalu byk peristiwa2 yg telah berlaku).


p/s: InsyaALLAH panjang umur "WE ALLs" akan jumpa lagi...semuanya menjadi kenangan kita bersama!!!

 SMILE always...

 JuruBakar Daging 

 
<< Lelaki >>
 
 << Perempuan >>


 Juadah (Keropok + Ketupat + Colek buah + Kek + Nuget + Daging Bakar + Air Batu Sirap)




::: Berkawan biar berbilion2x :::

Wednesday, October 3, 2012

i-city...=)

Akhirnya...semester 7 (Tahun 4) pd 19 Oktober 2012 sampai jugak our group (amin taqabbalallah) kat i-city...hehehe. Nice memOry,,,thanks my frenzs for this "Holiday"...kak Nora, kak Afzan, kak Asmat, Asiah, Akma, Adah, Azmalini, Fatihah, Fitriah & Solehah.
Perjalanan bermula dgn pengangkutan famOus bg student UKM (KTM r...huhuhu),,,kami beli tiket dr KTM UKM - KL Sentral hanya rm3.30 (murah r). Jam menunjukkan pukul 3 kot (xconfirm sbb xtgk jam ari tu...he5). Alhamdulillah selamat sampai kat KL Sentral,,beli tiket lagi untuk ke KTM Shah Alam (harga rm2.50). Sblm teruskan perjalanan jom "Solat Asar" dulu (holiday2 gak tp solat cannot off)...^_^
Dah setel smuanya, kami teruskan perjalanan ke KTM Shah Alam dan sampai dgn selamat,,ermmm..first time smpai kat sini (sblm ni xde tujuan pOm nk pergi). Bagus Asiah dia tnyer org kat situ macam mana nk pergi kat i-city,,kami diberitahu kena naik bas Rapid kat sini dan berhenti di Seksyen 2, then ambik Rapid lain kat seksyen 2 trus pergi seksyen 7 (i-city r kat situ).
Macam mana kesalahfahaman berlaku di situ, kami tersilap tempat tunggu bas...huhuhu,,nasib baik r ada org bgthu balik n bas pOm xsampai ag. Tengah tunggu bas pOm smpat ag pOsing2...biasa r my grOup,..huhuhu. Jom naik bas Rapid (sampai sudahhhhh,,byran seperti biasa rm1). ramainyer naik bas ni,,penat2 kena bersesak2 tp tahan jela sbb i-city...layannnnnnnnnnnn.

~ Kat KTM Shah Alam ~

Akhirnya sampai kat seksyen 2,,,dalam perjalanan nampak r UiTM Shah Alam...besar gak nampak universiti ni (tengok jela,,xde masa nak masuk melawat). Dah masuk Maghrib pOm masa smpai kat seksyen 2 ni,,so cr surau nak solat Maghrib. Rest2 jap smbil tunggu bas nak pergi ke Seksyen 7 (i-city). Akhirnya bas yg kami tunggu sampai jgk,,bayaran Rapid still sama juz rm1. Kejap jer rasa naik bas tu, akhirnya pakcik driver kata dah sampai i-city (smua tersenyum lebar...kuaw3x). Sebelum tu isi perut dulu, dr tadi xmakan (makan sblm bertolak jer). masing2 beli burger (kat kedai luar). Jom masuk ke i-city...hehehehe (happy tahap gaban).

  ~ Kedai Burger ~
Ingatkan apa benda r i-city ni, yela famous r gak tp macam fun fair @ ekspo jela...yg specialnya "nice environment dgn lampu2" dan permainan yg high class r. Jom pOsing2 dulu, siap bergambar n jalan2 sekeliling i-city kami planning nak masuk "SnOwalk" tapi lama gak discuss sbb bayaran mahal sgt...huhuhu (rm25 - kul 10pg hingga 6ptg tp rm35 - kul 6ptg hingga 2pg). Bincang punyer bincang, akhirnya kami dapat kata putus nak masuk sbb maybe sekali ni jer datang,,harap2 puas hati r...hehehe.
Lepas beli tiket, kami masuk n simpan barang2 dalam box yg memang disediakan dalam tu. Pilih baju plak,,yela sejuk dalam tu (5 drjah celcius).

~ Posing jap ~

Pengambaran bermula dalam "Snowalk",,,ya ALLAH sejuknyer tp best sgt2 (gelongsor). Nak alami bleh pergi cuba sendiri...^_^. Kami masuk dalam kul 9 malam kot, kul 11.30 malam br kami keluar dr "SnOwalk" sbb dah puas. Lepak2 kat luar plak sambil makan aiskrim dan kerepek.

~ Peace No War ~

 ~ IceBerg, Titanic ~

Dalam kul 12 lebih kami keluar dr kawasan i-city tp 1 persoalan kami nak tidur kat mana ek???yela bas2 smua dah xder nak balik UKM...huhuhuhu (biarlah RAHSIA di mana kami menginap =)
Alhamdulillah semuanya SELAMAT semalaman rest kat tempat penginapan. Kami get ready awal2 utk bertolak balik pagi (30/10/2012). Lepas solat Subuh kami packing barang2 dan get ready utk pulang. Dalam kul 7.30 pagi kami pergi ke stesen bas untuk bertolak pulang tapi sblm tu kami kena breakfast dulu. Nasib baik ada 1 kedai yang dah buka,,semua makan nasi lemak.
Tak lama kemudian bas sampai, semua dah kepenatan...ramai yang nak tertidur atas bas...huhuhu (nasib baik xterlepas destinasi). Turun bas ni kami naik bas rapid untuk ke KTM Shah Alam dan seterusnya KL Sentral, then KTM UKM. Syukur alhamdulillah perjalanan pulang kami berjalan lancar (smoOthly). Kami sampai kat UKM dalam kul 11 lebih (xingt dah)...huhuhu
Ermmm,,,citer i-city dah habis...jom rest.
~ Model i-city jap ~

** Nice pic at i-city **





















>>The END<<

Tuesday, March 20, 2012

Kami Pejuang Keadilan

Kutapakkan langkah dengan pasti
Kubentangkan panji di tiang tertinggi
Tinggalkan rayuan kemewahan dunia
Demi bangkitkan agama dan bangsa

Bergerak maju bak topan menerjang
Runtuhkan tirani yang angkuh menghadang
Turut barisan kami bersama bangun negri
Sambut seruan raih kemenangan

Kami pejuang keadilan
Takkan gentar rintangan menghadang
Selama nyawa dikandung badan
Tak selangkah pun surut ke belakang

Harta jiwa telah direlakan
Hanya ALLAH menjadi tujuan
Terus menerjang ombak kezaliman
Karna kami pejuang keadilan

Wahai kalian yang rindu kemenangan
Yakinlah
Tiada kemenangan tanpa perjuangan
Tiada perjuangan tanpa pengorbanan
Tiada pengorbanan tanpa Iman
Tiada Iman tanpa kerja nyata
Bersegeralah
Sambut seruan perjuangan
ALLAHU AKBAR!!!


Sunday, February 19, 2012

~*~ SEDETIK LEBIH…bers@mamu ~*~

20 Januari 2012 - (Jumaat)
Malam ini adalah hari yg @ku tunggu2 iaitu masa utk balik kampung tapi sblm tu kena pergi program PERMAI di Pos Mendrop, Gua Musang dulu selama 3 hari 2 malam, anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA). Semua peserta PERMAI dah b’kumpul di Pusanika. 2 buah bas UKM telah ditempah, dan kami bertolak lebih kurang dalam pukul 10 malam. Kegembiraan terasa krn xsabar nak balik kampung tapi kerisauan terasa macam mana dgn program kat perkampungan orang asli nanti ek??? @ku termenung memikirkan program yg akan diikuti selama 3 hari dengan orang asli yg xpernah @ku alami sblm ni…harap2 semuanya berjalan lancar…insyaALLAH. @ku tertidur ditemani alunan muzik dalam bas dan kedinginan suhu kerana hujan turun membasahi bumi…zzzzzzzz (~_~)
21 Januari 2012 - (Sabtu)
Pukul  6 pagi, bas UKM sampai kat sebuah rumah MAIK (xthu sgt pasal rumah ni…huhuhu). Program ni adalah kerjasama dgn MAIK untuk kemudahan kerja krn MAIK memang bekerja utk menjalankan dakwah kpd orang asli di sekitar Gua Musang. Selesai solat Subuh, breakfast dan rehat, dalam pukul 11 pagi kami b’tolak ke perkampungan orang asli tersebut (Pos Mendrop). Bas hanya boleh menghantar kami di tepi jalan besar jer, s0 kami semua terpaksa berjalan kaki untuk memasuki kawasan perkampungan. Walaupun panas, kami redah jgk sbb memang xder jalan lain dah…layan jer. Sebaik saja sampai di kawasan perkampugan mereka, @ku tersenyum sendirian melihat telatah anak-anak orang asli di sana…sungguh gembira bermain walaupun kehidupan mereka tidak sama dengan kehidupan kanak-kanak di Bandar. Sementara menunggu majlis penyerahan anak angkat, @ku sempat pergi ke sebuah rumah orang asli untuk berbual2. Mereka menyambut baik kedatangan @ku walaupun status mereka “Non-Muslim”. @ku berdoa “semoga Allah memberi hidayah kepada mereka…@min” (“,)
Majlis penyerahan anak angkat berjalan lancar, @ku mendapat keluarga angkat bersama seorang lagi peserta (my frenz gak - Afiqa), tapi aku tertanya2 family angkat @ku ni “muslim @ nOn-muslim” ek??? @ku & Iqa disuruh memanggil emak dgn panggilan “AMMIK” dan ayah “APPAK”. Memang kat sini semua guna panggilan tu. Semasa berada di rumah keluarga angkat, @ku bertanya: “Ammik, sy nk tanya arah kiblat mana ek,,sy nak solat”. Ammik t’senyum dan menjawab: “Xthu”. @ku pening nape Ammik xthu, lalu dgn beraninya @ku tanya: “Ammik nOn-muslim ek???. Ammik mengangguk sambil tersenyum. Lalu adik angkat @ku yg b’nama Roslan bgthu tgk arah surau klu nak tahu arah kiblat (kebetulan rumah @ku berhadapan dgn surau kg tu…Alhamdulillah). Persoalan @ku tadi terjawab, family angkat @ku “NON-MUSLIM”, tapi satu yg @ku dapat puji ialah mereka “open” bila ditanya berkaitan Islam tapi mereka masih xdapat hidayah untuk memeluk Islam…semOga suatu hari nanti keluarga angkat @ku akan memeluk Islam…insyaALLAH. Family angkat @ku terdiri drpd Appak, Ammik & 4 orang adik iaitu Roslan, Saprina, Yahya dan AhsOn…mereka semua sangat baik (yg paling rapat dgn @ku, Saprina). Satu lagi perkara yg sangat mengagumkan @ku berkaitan dgn kehidupan mereka ialah “Waktu Makan”. Mereka semua akan berkumpul di ruang makan dan menunggu kesemua anak2 ada baru akan start makan…xsemua keluarga kat bandar2 buat macam ni kan???termasuk r keluarga @ku kat rumah sendiri…(pengajaran2x). Walaupun mereka nOn-muslim tapi @ku meminta izin utk start makan dgn membaca dOa,,Ammik & Appak ok jer…kadang2 mereka menadah tangan sekali,,selalunyer adik2 angkat @ku sentiasa menadah tangan…subhanaALLAH (berilah hidayah-MU kpd mereka…@min).
Aktiviti malam mereka sungguh simple (mcm kat luar2 gak)...@ku tnyer apa yg mereka buat malam2 sbb kawasan kampung mereka gelap kerana xder sumber elektrik. Mereka hanya menggunakan generator untuk menyalakan lampu kat rumah2. Mereka kata, malam2 mereka akan pergi ke rumah sape2 untuk berborak2 @ lepak n lepas tu balik tidur tp kadang2 ada juga yg menonton tv…boleh dikatakan ni adalah rutin harian mereka (siang @ malam). Generator akan ditutup pada pukul 11 malam utk m’jimatkan minyak. Tapi malam ni @ku hepy sangat sbb dapat belajar banyak bahasa orang asli keturunan TEMIA kat sini. Terasa lucu dengan bahasa2 baru ini tapi best sangat2x…hehehe. Hari pertama @ku di sini berlalu dgn pantas rasanyer,,dalam kul 11 malam @ku, Iqa dan Kak Husna (tumpang tidur) masuk bilik utk tidur. Kami perlu kumpul tenaga utk aktiviti selanjutnyer esOk…zzzZZZZzzzz.
~ aktiviti mala : jOm jalan2 ~
22 Januari 2012 - (Ahad)
Kul 6 pagi @aku bangun utk sOlat Subuh, gelapnyer macam mane nk ambik wuduk ni??? Errmmm,,nasib baik Iqa bwk tochlight…@ku bangun ambil wuduk utk sOlat Subuh. Pukul 7 pagi @ku b’siap2 untuk aktiviti pertama hari ini iaitu “Riadhah @ SenamRobik”. Dalam pukul 8 pagi gak baru riadhah ni start yg dicOnduct oleh Ustaz Suhaimi (ntah apa2 gaya yg dia ajar,,bantai jela…huhuhu). Selesai riadhah pagi, bermulalah Sukaneka utk semua peringkat umur (penduduk kampung). Game utk kanak2 (lelaki & perempuan): Berebut kerusi, tiup belon & ambil coklat dlm tepung. Untuk golongan remaja wanita: Berebut kerusi & pecahkan belon (ikat belon kat kaki). Untuk golongan lelaki remaja & org tua: Sumpit belon, bola tampar & sepak takraw. Dalam pukul 12 lebih semua game dapat dihabiskan, lepas tu pembahagian hadiah terus diadakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang. Selesai majlis pembahagian hadiah, ‘Ammik’ ajak @ku pergi mandi sungai…@ku terus jer setuju,,adik angkat @ku ikut sekali…best giler dapat mandi sungai (airnyer sejuk & mendinginkan)…layannnnnnnnnnnn.
@ku & Saprina (adik angkat)
Selesai mandi sungai @ku balik rumah dan bersedia untuk mOdul seterusnyer iaitu mengajar penduduk kampung “Berwuduk & Solat”. Kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan utk mengajar teori & praktikal berwuduk dan sOlat kpd kanak2 & orang2 tua. Program ni berjalan lancar sampai waktu Asar. Waktu petang kami xder program khusus, ada yg mandi sungai, ada yg pergi jalan2 ikut family angkat tapi petang tu ada persembahan nyanyian oleh “band” kampung tersebut. @ku layan jer lagu yg diOrang nyanyi sbb xder benda nk buat…best r gak!!! Malam menjelang,,@ku sOlat jamak Maghrib & Isyak terus (senang skit). Sementara menunggu bermulanya “sambungan” mOdul petang tadi,,@aku ada berbual tentang Islam dengan seorang Ammik (bleh juga dgn maksud Mak Cik). @ku bertanya: Ammik xminat ek nk masuk Islam??? Ammik jawab: Bukan xminat tapi xbersedia lagi. LagipOm susah klu nak masuk Islam, klu Ammik nak Appak xnak, klu Appak nak Ammik plak xnak…Ammik takut akan berlakunya perceraian. Tapi klu dah bersedia mungkin akan masuk Islam (apa yg @ku faham r kan ~mereka memikirkan byk benda yg terpaksa dihadapi jika nak masuk Islam,,macam mana penerimaan keluarga dan masyarakat~)…@ku terdiam seketika mendengar jawapan daripada Ammik, semOga Ammik akan menerima hidayah-MU, Ya Allah…@ku benar2 berharap dan berserah kepada-MU (@ku berdoa di dalam hati).
Satu benda yg @ku sangat sakit hati dan marah sangat sepanjang berada di sini iaitu kehadiran ustaz yg xberapa nak betul. @ku ada terdengar seorang penduduk di sini kata, ustaz ni pOm solat xcukup, hisap rokok, xhidupkan surau…@ku istighfar banyak2,,perasaan @ku bercampur baur (marah + malu). Marah sbb ustaz ni xmenjalankan tugas yg sepatutnya iaitu berdakwah kepada golongan non-muslim, juga sbg role model kepada muslim lain dan perassan malu kerana nOn-muslim memandang orang Islam dengan begitu rendah. Pape pOm, modul malam ni berjalan lancar (Tajuk: Mengenali Allah s.w.t & Nabi Muhammad s.a.w) dengan tayangan video dan penerangan serba sedikit oleh Ustaz Hisyamudin & Ustaz Abdullah,,program malam ni habis lebih kurang pukul 11 malam…kesian tgk adik2 dah mengantuk (~_~)…huhuhu
23 Januari 2012 - (Isnin)
Hari ni adalah hari terakhir @ku kat sini, cepatnya masa berlalu…@ku rasa baru “SEDETIK LEBIH…bersamamu”, @ku termenung sendirian. Ammik, Appak, Roslan, Saprina, Yahya dan AhsOn,,,jOm ambik gambar”, @ku & Iqa memanggil keluarga angkat untuk mengambil gambar sbg kenangan terakhir. Selesai sesi fotografi, @ku menyimpan barang2 untuk pulang. Appak & Ammik memberi ubi dan tikar mengkuang kpd @ku & Iqa (memang kebanyakan peserta akan dapat benda ni drpd mak ayah angkat mereka)…TERIMA KASIH Ammik & Appak sbb susah2 belikan ubi ni utk kami (sbb ubi Appak dah dijual). Appak, Ammik, Roslan, Saprina dan Ahson menghantar @ku & Iqa ke luar (kat jalan raya besar) dgn kereta (terima kasih sekali lagi sbb sudi hantar, @ku xpayah jalan kaki…hehehe ^_~). Semasa menunggu semua peserta keluar dan barang2 dimasukkan ke dalam bas, sempat lagi @ku mengambil gambar dgn penduduk2 di sini sebagai kenangan terakhir.
~ dalam rumah ~
~ depan rumah ~
~ @ku ingin menitiskan air mata ketika mana seorang Ammik muslim dtg kepada @ku meminta nombor telefon. @ku berkata: Kalau Ammik ada masalah berkaitan dgn Islam boleh contact sy, InsyaALLAH sy boleh tolong sikit2. Saya doakan Ammik supaya kekal dalam agama Islam walaupun masih ramai yg xmasuk Islam kat kampung ni…@ku menyalami dan memeluk Ammik dgn pelukan penuh kasih sayang sambil berkata: “Saya sayang Ammik” / Yek Huek Mahak. ~
Setelah bersalaman dgn Ammik dan adik2 angkat, @ku menaiki bas dengan perasaan yg bercampur baur (sedih + gembira + penat). Sedih kerana terpaksa meninggalkan kelurga angkat dan penduduk kampung Pos Mendrop yang sangat baik serta orang Islam yg masih tidak berapa kukuh pegangannya dgn Islam. Gembira kerana dapat balik rumah jap lagi (rindu giler dah ni). Penat sebab baru habis program yg mencabar dan seronok.
~* hanya SEDETIK LEBIH @ku dapat bers@mamu...keluarga angkatku,,,InsyaALLAH kita akan berjumpa lagi jika umur masih panjang dan adanya peluang. TERIMA KASIH sbb sudi terima diriku yg serba kekurangan sbg anak angkatmu. @ku benar2 berharap Ya Allah, semOga Engkau memberi “hidayah” kepada mereka…@ku termenung mengenangkan keseronokan dan kenangan yg diperolehi di Pos Mendrop selama 3 hari 2 malam. *~...keluarga