Tuesday, August 31, 2010

Guru-guru PIPAQ & PIBA masih lemah dalam penguasaan teknologi dalam proses P&P.

Bismillahirrahmanirrahim...


Al-Fatihah pembuka kata, syukur ke hadrat Ilahi kerana sy diberi kesihatan utk menulis coretan ini.
Pada pendapat saya, masalah kelemahan bakal2 guru PIPAQ & PIBA dlm penggunaan teknologi ini timbul kerana bebrapa faktor yang utama iaitu:


1. Kurangnya pendedahan penggunaan teknologi kpd para guru PIPAQ & PIBA samada semasa di universiti atau semasa berkhidmat di sekolah2.
2. Masa yang diperuntukan kpd para bakal guru PIPAQ & PIBA dalam subjek yg berkaitan dgn teknologi amat terhad.
3. Tidak diberi kursus2 yang dapat mendedahkan para bakal guru tentang penggunaan teknologi dalam P&P di sekolah nanti.
4. Kurangnya penyediaan bahan2 teknologi oleh pihak universiti kpd smua para bakal guru utk mengaplikasikan apa yg dipelajari dlm kuliah.
5. Persepsi guru PIPAQ & PIBA itu sendiri yg menganggap teknOlogi adalh suatu benda yg susah dan cerewet.


Wallahua'lam,,,,


SmOga ada kOmen drpd sahabt2 seperjuangan.

DOA DI MALAM LAILATUL QADAR

Imam At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya telah meriwayatkan dari Ummul mu'minin Aisyah beliau berkata: "Aku bertanya wahai Rasulullah jika aku telah mengetahui kapan malam Lailatul Qadar itu, maka apa yang aku katakan pada malam tersebut? Baginda menjawab: katakanlah



اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"ya Alloh sesungguhnya engkau Maha pemaaf, engkau senang memaafkan kesalahan maka maafkanlah aku."

Doa yang barokah ini sangat besar maknanya dan mendalam penunjukannya, banyak manfaat dan pengaruhnya, dan doa ini sangat sesuai dengan keberadaan malam Lailatul Qadar. Kerana sebagaimana disebutkan di atas malam lailatul qadar adalah malam dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah dan ditentukan takdir amalan-amalan hamba selama setahun penuh hingga lailatul qadar berikutnya. Maka barangsiapa yang dianugerahi pada malam tersebut al 'afiyah ( kebaikan ) dan al'afwa ( dimaafkan kesalahan) oleh Robbnya maka sungguh dia telah mendapat kemenangan dan keberuntungan serta kesuksesan dengan sebesar-besarnya. Barangsiapa yang diberikan al afiyah di dunia dan di akhirat maka sungguh dia telah diberikan kebaikan dengan seluruh bahagian-bahagiannya. Dan tidak ada yang sebanding dengan Al 'afiyah tersebut.

Imam Al Bukhari telah meriwayatkan dalam Adabul Mufrad, dan At Tirmidzi dalam As Sunan dari Al-Abbas bin Abdil Muthollib beliau berkata : aku berkata wahai Rasulullah, ajarkan sesuatu (doa) yang aku gunakan meminta kepada Allah , Rasulullah menjawab : mintalah kepada Allah al 'afiyah, maka pada suatu hari aku berdiam diri kemudian aku datang lagi pada Rasulullah aku katakan : wahai Rasulullah ajarkan kepadaku sesuatu yang aku gunakan meminta kepada Allah, maka beliau berkata kepadaku : "wahai Abbas, wahai pamannya Rasullullah mintalah kepada Allah al 'afiyah di dunia dan di akhirat."

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Adabul Mufrad, dan At Tirmidzi dalam As-Sunan dari Anas bin Malik bahwasannya beliau berkata : telah datang kepada nabi seseorang yang berkata : wahai Rasullullah doa apa yang afdhal? Beliau menjawab: mintalah kepada Allah al 'afwa wal 'afiyah ( ampunan dan kebaikan ) di dunia dan akhirat. Kemudian orang tersebut datang di hari esoknya sambili berkata : wahai Nabiyullah doa apa yang afdhal? Beliau menjawab : mintalah kepada Allah al 'afwa wal 'afiyah ( ampunan dan kebaikan ) di dunia dan akhirat, maka apabila kamu di beri al 'afiyah di dunia dan akhirat bererti sungguh kamu telah mendapat kemenangan."

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Adabul Mufrad dari Ausath bin Ismail beliau berkata : aku telah mendengar Abu Bakar Ash Shiddiq berkata setelah meninggalnya Rasullullah : " Nabi pernah berdiri pada tahun pertama di tempat berdiriku ini kemudian Abu Bakar menangis lalu berkata : wajib bagi kalian untuk jujur, kerana dia bersama dengan kebaikan, dan keduanya berada di syurga. Dan tinggalkan dusta kerana dia bersama dengan kejahatan yang keduanya di neraka. Mintalah kepada Allah al-mu'afah (saling memberi maaf), kerana tidak ada yang datang setelah al yakin yang lebih baik daripada al-mu'afah. Janganlah kalian saling memutus hubungan, dan jangan saling membelakangi, saling hasad, saling membenci, dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Untuk ini sesungguhnya termasuk kebaikan bagi seorang muslim untuk memperbanyak doa yang barakah ini di setiap waktu dan di manapun terlebih di malam lailatul qadar yang akan dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah dan ditentukan takdir dan hendaknya seorang muslim mengetahui bahwasannya Allah Maha mengampun lagi Maha mulia lagi Maha pemurah yang senang memberi maaf.

"Dan dialah yang menerima Taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan," (As Syura : 25)

Dan Allah sentiasa terus dan tiada hentinya dikenal sebagai zat yang suka memaafkan kesalahan-kesalahan dan disifati dengan pemberi ampun. Setiap orang sangat memerlukan kepada pemberian maaf-Nya dan ampunan-Nya. Janganlah seorang merasa tidak perlu dari keduanya. Sebagaimana dia senantiasa membutuhkan rahmat serta kasih sayang-Nya. Maka kita memohon kepada-Nya untuk memasukkkan kita kepada golongan yang dia maafkan dan menjadikan kita termasuk golongan yang dirahmatinya. Dan agar kita diberikan kemudahan dan kemampuan untuk mentaatinya. Semoga Allah berikan petunjuk kita kepada jalan yang lurus. (Amin Yaa Rabbal 'alamin Wal Hamdulillah 'ala kulli ni'matihi.Pent). (dikutip dari kitab Fiqhul Ad'iyyah wal adzkar karya Syaikh Abdurrazzaq bin Abdil Muhsin Al-Badr. Hal 265 – 269. Alih Bahasa : Al Ustadz M. Rifai.)

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..


sunnah Nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth,

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info,

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Perhatian,

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Tuesday, August 24, 2010

    Dari Salman r.a. meriwayatkan pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasullullah berkhutbah kepada kami,

“  Wahai manusia, kini telah dekat kepadamu satu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik deripada seribu bulan, inilah bulannya yang Allah tetapkan puasa padanya sebagai fardhu dan Solat Terawih dimalamnya sebagai sunat.

     Barangsiapa yang ingin mendekatkan diri pada Allah pada bulan ini dengan suatu amalan sunat maka pahalanya seolah-olah melakukan amalan fardhu pada bulan lain. Dan barangsiapa melakukan amalan fardhu pada bulan ini maka akan dibalas dengan pahala seolah-olah telah melakukan 70 amalan fardhu pada bulan-bulan lain. Inilah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran sejati adalah syurga, bulan ini juga adalah bulan simpati sesama makhluk. Pada bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah.
   
      Barangsiapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari Neraka Jahanam dan dia juga memperoleh pahala sama dengan orang yang puasa tadi tanpa sedikitpun berkurang pahala orang yang berpuasa itu. Kami (para sahabat) bertanya : “ Ya Rasullullah, tidak semua orang diantara kami yang dapat memberikan sesuatu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”. Rasullullah menjawab, “Allah akan mengurniakan balasan ini kepada seseorang yang memberi makan orang yang berpuasa dengan sebiji kurma atau seteguk air atau sehisap susu. Inilah bulan yang sepuluh hari pertamanya rahmat, sepuluh hari keduannya keampunan dan sepeluh hari  akhirnya pembebasan dari api neraka. Baran gsiapa yang meringankan beban hamba sahayanya pada bulan ini maka Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.
  
   Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua lagi yang pasti kamu perlukan. Dua perkara yang mendatangkan keredhaan Allah adalah hendaklah kamu membaca kalimah thayyibah dan istighfar dengan sebanyak-banyakknya. Dua perkara yang pasti kita memerlukannya ialah hendaklah kamu memohon kepadaNya untuk memasuki syurga dan berlindung kepadanya dari api neraka jahannam.
     
   Dan barangsiapa memberi minum (berbuka) kepada orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku yang sekali minum sahaja, dia tidak akan merasakan lagi dahaga sehingga ia memasuki syurga.

     Hadis Riwayat Ibnu Khuzhaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan Imam Ahmad berkata hadis ini tidak kuat.

Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi dalam Kitab Fadhilah Ramadhan menyebut :


“Para ahli hadis telah membicarakan sebahagian perawi hadis di atas. Tetapi hadis yang berkenaan kelebihan amal ini boleh diamal dan boleh dipertimbangkan, terutamanya apabila kandungan hadis tersebut diperkuatkan dengan riwayat yang lain.