20 Januari 2012 - (Jumaat)
Malam ini adalah hari yg @ku tunggu2 iaitu masa utk balik kampung tapi sblm tu kena pergi program PERMAI di Pos Mendrop, Gua Musang dulu selama 3 hari 2 malam, anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA). Semua peserta PERMAI dah b’kumpul di Pusanika. 2 buah bas UKM telah ditempah, dan kami bertolak lebih kurang dalam pukul 10 malam. Kegembiraan terasa krn xsabar nak balik kampung tapi kerisauan terasa macam mana dgn program kat perkampungan orang asli nanti ek??? @ku termenung memikirkan program yg akan diikuti selama 3 hari dengan orang asli yg xpernah @ku alami sblm ni…harap2 semuanya berjalan lancar…insyaALLAH. @ku tertidur ditemani alunan muzik dalam bas dan kedinginan suhu kerana hujan turun membasahi bumi…zzzzzzzz (~_~)
21 Januari 2012 - (Sabtu)
Pukul 6 pagi, bas UKM sampai kat sebuah rumah MAIK (xthu sgt pasal rumah ni…huhuhu). Program ni adalah kerjasama dgn MAIK untuk kemudahan kerja krn MAIK memang bekerja utk menjalankan dakwah kpd orang asli di sekitar Gua Musang. Selesai solat Subuh, breakfast dan rehat, dalam pukul 11 pagi kami b’tolak ke perkampungan orang asli tersebut (Pos Mendrop). Bas hanya boleh menghantar kami di tepi jalan besar jer, s0 kami semua terpaksa berjalan kaki untuk memasuki kawasan perkampungan. Walaupun panas, kami redah jgk sbb memang xder jalan lain dah…layan jer. Sebaik saja sampai di kawasan perkampugan mereka, @ku tersenyum sendirian melihat telatah anak-anak orang asli di sana…sungguh gembira bermain walaupun kehidupan mereka tidak sama dengan kehidupan kanak-kanak di Bandar. Sementara menunggu majlis penyerahan anak angkat, @ku sempat pergi ke sebuah rumah orang asli untuk berbual2. Mereka menyambut baik kedatangan @ku walaupun status mereka “Non-Muslim”. @ku berdoa “semoga Allah memberi hidayah kepada mereka…@min” (“,)
Majlis penyerahan anak angkat berjalan lancar, @ku mendapat keluarga angkat bersama seorang lagi peserta (my frenz gak - Afiqa), tapi aku tertanya2 family angkat @ku ni “muslim @ nOn-muslim” ek??? @ku & Iqa disuruh memanggil emak dgn panggilan “AMMIK” dan ayah “APPAK”. Memang kat sini semua guna panggilan tu. Semasa berada di rumah keluarga angkat, @ku bertanya: “Ammik, sy nk tanya arah kiblat mana ek,,sy nak solat”. Ammik t’senyum dan menjawab: “Xthu”. @ku pening nape Ammik xthu, lalu dgn beraninya @ku tanya: “Ammik nOn-muslim ek???. Ammik mengangguk sambil tersenyum. Lalu adik angkat @ku yg b’nama Roslan bgthu tgk arah surau klu nak tahu arah kiblat (kebetulan rumah @ku berhadapan dgn surau kg tu…Alhamdulillah). Persoalan @ku tadi terjawab, family angkat @ku “NON-MUSLIM”, tapi satu yg @ku dapat puji ialah mereka “open” bila ditanya berkaitan Islam tapi mereka masih xdapat hidayah untuk memeluk Islam…semOga suatu hari nanti keluarga angkat @ku akan memeluk Islam…insyaALLAH. Family angkat @ku terdiri drpd Appak, Ammik & 4 orang adik iaitu Roslan, Saprina, Yahya dan AhsOn…mereka semua sangat baik (yg paling rapat dgn @ku, Saprina). Satu lagi perkara yg sangat mengagumkan @ku berkaitan dgn kehidupan mereka ialah “Waktu Makan”. Mereka semua akan berkumpul di ruang makan dan menunggu kesemua anak2 ada baru akan start makan…xsemua keluarga kat bandar2 buat macam ni kan???termasuk r keluarga @ku kat rumah sendiri…(pengajaran2x). Walaupun mereka nOn-muslim tapi @ku meminta izin utk start makan dgn membaca dOa,,Ammik & Appak ok jer…kadang2 mereka menadah tangan sekali,,selalunyer adik2 angkat @ku sentiasa menadah tangan…subhanaALLAH (berilah hidayah-MU kpd mereka…@min).
Aktiviti malam mereka sungguh simple (mcm kat luar2 gak)...@ku tnyer apa yg mereka buat malam2 sbb kawasan kampung mereka gelap kerana xder sumber elektrik. Mereka hanya menggunakan generator untuk menyalakan lampu kat rumah2. Mereka kata, malam2 mereka akan pergi ke rumah sape2 untuk berborak2 @ lepak n lepas tu balik tidur tp kadang2 ada juga yg menonton tv…boleh dikatakan ni adalah rutin harian mereka (siang @ malam). Generator akan ditutup pada pukul 11 malam utk m’jimatkan minyak. Tapi malam ni @ku hepy sangat sbb dapat belajar banyak bahasa orang asli keturunan TEMIA kat sini. Terasa lucu dengan bahasa2 baru ini tapi best sangat2x…hehehe. Hari pertama @ku di sini berlalu dgn pantas rasanyer,,dalam kul 11 malam @ku, Iqa dan Kak Husna (tumpang tidur) masuk bilik utk tidur. Kami perlu kumpul tenaga utk aktiviti selanjutnyer esOk…zzzZZZZzzzz.
~ aktiviti mala : jOm jalan2 ~
~ aktiviti mala : jOm jalan2 ~
22 Januari 2012 - (Ahad)
Kul 6 pagi @aku bangun utk sOlat Subuh, gelapnyer macam mane nk ambik wuduk ni??? Errmmm,,nasib baik Iqa bwk tochlight…@ku bangun ambil wuduk utk sOlat Subuh. Pukul 7 pagi @ku b’siap2 untuk aktiviti pertama hari ini iaitu “Riadhah @ SenamRobik”. Dalam pukul 8 pagi gak baru riadhah ni start yg dicOnduct oleh Ustaz Suhaimi (ntah apa2 gaya yg dia ajar,,bantai jela…huhuhu). Selesai riadhah pagi, bermulalah Sukaneka utk semua peringkat umur (penduduk kampung). Game utk kanak2 (lelaki & perempuan): Berebut kerusi, tiup belon & ambil coklat dlm tepung. Untuk golongan remaja wanita: Berebut kerusi & pecahkan belon (ikat belon kat kaki). Untuk golongan lelaki remaja & org tua: Sumpit belon, bola tampar & sepak takraw. Dalam pukul 12 lebih semua game dapat dihabiskan, lepas tu pembahagian hadiah terus diadakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang. Selesai majlis pembahagian hadiah, ‘Ammik’ ajak @ku pergi mandi sungai…@ku terus jer setuju,,adik angkat @ku ikut sekali…best giler dapat mandi sungai (airnyer sejuk & mendinginkan)…layannnnnnnnnnnn.
@ku & Saprina (adik angkat)
Selesai mandi sungai @ku balik rumah dan bersedia untuk mOdul seterusnyer iaitu mengajar penduduk kampung “Berwuduk & Solat”. Kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan utk mengajar teori & praktikal berwuduk dan sOlat kpd kanak2 & orang2 tua. Program ni berjalan lancar sampai waktu Asar. Waktu petang kami xder program khusus, ada yg mandi sungai, ada yg pergi jalan2 ikut family angkat tapi petang tu ada persembahan nyanyian oleh “band” kampung tersebut. @ku layan jer lagu yg diOrang nyanyi sbb xder benda nk buat…best r gak!!! Malam menjelang,,@ku sOlat jamak Maghrib & Isyak terus (senang skit). Sementara menunggu bermulanya “sambungan” mOdul petang tadi,,@aku ada berbual tentang Islam dengan seorang Ammik (bleh juga dgn maksud Mak Cik). @ku bertanya: Ammik xminat ek nk masuk Islam??? Ammik jawab: Bukan xminat tapi xbersedia lagi. LagipOm susah klu nak masuk Islam, klu Ammik nak Appak xnak, klu Appak nak Ammik plak xnak…Ammik takut akan berlakunya perceraian. Tapi klu dah bersedia mungkin akan masuk Islam (apa yg @ku faham r kan ~mereka memikirkan byk benda yg terpaksa dihadapi jika nak masuk Islam,,macam mana penerimaan keluarga dan masyarakat~)…@ku terdiam seketika mendengar jawapan daripada Ammik, semOga Ammik akan menerima hidayah-MU, Ya Allah…@ku benar2 berharap dan berserah kepada-MU (@ku berdoa di dalam hati).
Satu benda yg @ku sangat sakit hati dan marah sangat sepanjang berada di sini iaitu kehadiran ustaz yg xberapa nak betul. @ku ada terdengar seorang penduduk di sini kata, ustaz ni pOm solat xcukup, hisap rokok, xhidupkan surau…@ku istighfar banyak2,,perasaan @ku bercampur baur (marah + malu). Marah sbb ustaz ni xmenjalankan tugas yg sepatutnya iaitu berdakwah kepada golongan non-muslim, juga sbg role model kepada muslim lain dan perassan malu kerana nOn-muslim memandang orang Islam dengan begitu rendah. Pape pOm, modul malam ni berjalan lancar (Tajuk: Mengenali Allah s.w.t & Nabi Muhammad s.a.w) dengan tayangan video dan penerangan serba sedikit oleh Ustaz Hisyamudin & Ustaz Abdullah,,program malam ni habis lebih kurang pukul 11 malam…kesian tgk adik2 dah mengantuk (~_~)…huhuhu
23 Januari 2012 - (Isnin)
Hari ni adalah hari terakhir @ku kat sini, cepatnya masa berlalu…@ku rasa baru “SEDETIK LEBIH…bersamamu”, @ku termenung sendirian. Ammik, Appak, Roslan, Saprina, Yahya dan AhsOn,,,jOm ambik gambar”, @ku & Iqa memanggil keluarga angkat untuk mengambil gambar sbg kenangan terakhir. Selesai sesi fotografi, @ku menyimpan barang2 untuk pulang. Appak & Ammik memberi ubi dan tikar mengkuang kpd @ku & Iqa (memang kebanyakan peserta akan dapat benda ni drpd mak ayah angkat mereka)…TERIMA KASIH Ammik & Appak sbb susah2 belikan ubi ni utk kami (sbb ubi Appak dah dijual). Appak, Ammik, Roslan, Saprina dan Ahson menghantar @ku & Iqa ke luar (kat jalan raya besar) dgn kereta (terima kasih sekali lagi sbb sudi hantar, @ku xpayah jalan kaki…hehehe ^_~). Semasa menunggu semua peserta keluar dan barang2 dimasukkan ke dalam bas, sempat lagi @ku mengambil gambar dgn penduduk2 di sini sebagai kenangan terakhir.
~ dalam rumah ~
~ depan rumah ~~ @ku ingin menitiskan air mata ketika mana seorang Ammik muslim dtg kepada @ku meminta nombor telefon. @ku berkata: Kalau Ammik ada masalah berkaitan dgn Islam boleh contact sy, InsyaALLAH sy boleh tolong sikit2. Saya doakan Ammik supaya kekal dalam agama Islam walaupun masih ramai yg xmasuk Islam kat kampung ni…@ku menyalami dan memeluk Ammik dgn pelukan penuh kasih sayang sambil berkata: “Saya sayang Ammik” / Yek Huek Mahak. ~
Setelah bersalaman dgn Ammik dan adik2 angkat, @ku menaiki bas dengan perasaan yg bercampur baur (sedih + gembira + penat). Sedih kerana terpaksa meninggalkan kelurga angkat dan penduduk kampung Pos Mendrop yang sangat baik serta orang Islam yg masih tidak berapa kukuh pegangannya dgn Islam. Gembira kerana dapat balik rumah jap lagi (rindu giler dah ni). Penat sebab baru habis program yg mencabar dan seronok.
~* hanya SEDETIK LEBIH @ku dapat bers@mamu...keluarga angkatku,,,InsyaALLAH kita akan berjumpa lagi jika umur masih panjang dan adanya peluang. TERIMA KASIH sbb sudi terima diriku yg serba kekurangan sbg anak angkatmu. @ku benar2 berharap Ya Allah, semOga Engkau memberi “hidayah” kepada mereka…@ku termenung mengenangkan keseronokan dan kenangan yg diperolehi di Pos Mendrop selama 3 hari 2 malam. *~...keluarga