Date : 12 Jan 2013
Place : KL
Time : 2.00 - 5.00 p.m.
Members : K.nora & the QNET gengs and Me
What's the "HKR 112"??? Ermmm,,smua rakyat Malaysia msti tahu sbb hari ini merupakan hari yg sgt2 dinantikan oleh rakyat yg ingin menuntut "kebebasan" daripada penjajah Melayu (bknnyer British).
Smua rakyat Malaysia yg b'bagai agama & bangsa keluar menuntut hak mereka sbg rakyat yg bebas b'suara dan menuntut Pilihan Raya diadakan utk berlakunya p'tukaran Kerajaan...huhuhu (kejam skit ayat)
Perjalananku bermula seawal jam 9 pagi lebih (xde r awal sgt sbb org lain kul 8 ag...huhuhu). Seperti biasa,,,pengangkutan famous student UKM ialah KTM...so jom naik utk ke destinasi yg sgt dinanti2kan.
Masa sampai kat KTM aku t'kejut sbb ramai betul org tengah beratur nk beli tiket (terfikir sejenak smua nk ke HKR 112 ke??? SubhanaALLAH),,ada r jgk terserempak dgn budak2 UKM...mahasiswa bangkit sudahhhhhhhhhhh (^_^)
Kami sampai dlm kul 11 lebih kot (xingt sgt...huhuhu). Untuk memenuhi waktu sementara menunggu himpunan bermula, kami jalan2 tengok barang dan orang. Puas shoping2 kejap kami mula mencari crowd (nk join berarak...hehehe).
Kami terus berjalan beramai2 untuk ke Masjid Negara (nak solat Zohor). Sampai saja kat masjid, Ya ALLAH ramainyer (tua+muda+kecik+besar semua ada)...aku tersenyum sendiri (gembira),,semangat2x!!!
Disebabkan terlalu ramai orang, kena r tunggu habis org solat dulu baru aku bleh solat (xckup ruang sudahhhhhhhhhh...huhuhu). Xpe r lambat solat pOm asalkan solat,,tu yg penting. Sebelum solat, kami sempat membeli something special yg sgt comel (xthu nama,,bnda yg kita bleh ikat kat kepala yg tertulis "Tuntutan Rakyat"...huhuhu)
Seusai solat,,perarakan ke Stadium bermula...best dapat berarak ramai2 (first time ni...huhuhu). SubhanaALLAH dr mana dtg smua "pejuang2" ni...sungguh tegar dan bersemangat walaupOm dalam keadaan panas dan bersesak2. Suasana perarakan sungguh colourful dgn warna baju HIJAU+MERAH+KUNING. Aku terjumpa dgn 2 org Cina (lelaki) yg tempang kakinya,,aku cuba menegur: Tak penat ke Uncle??? Dia jawab: tak,,,tak (walaupOm aku tgk badannya sudah basah dgn peluh)...Ya ALLAH berilah hidayah kpd hamba2-Mu ini,,,jika dia sanggup bersusah payah menjatuhkan kezaliman di dunia mana mungkin dia tidak sanggup beriman kepada-Mu yg Maha Agung...amin Ya Rabb!!!
Sepanjang perjalanan ada kedengaran "TAKBIR",,memang laungan ini xbisa hilang dr bibir kami2 yg mengagungkan-Mu Ya ALLAH. Dengarkanlah rintihan+doa kami2 yg tertindas selama ini Ya ALLAH.
Sampai di pertengahan jalan,,,tiba2 kami berhenti sbb xdapat nak masuk dalam Stadium sbb dah "PENUH"...huhuhu,,,sedihnyer =(. So kami lepak2 jela kat luar,,macam2 ragam manusia ada...comel sgt...hehehe ^_^
Disebabkan kami xdapat masuk,,dan dah agak lama memerhati persekitaran yg sungguh "sweEt",,,dalam kul 4 kami merancang utk balik (syg tapi nk buat cmner). Ramai r jgk orang lain yg beransur pulang sbb sedikit kecewa kot xdapat masuk ke dalam stadium sbb dah penuh....ermmmm,,nampak gaya klu ada p'himpunan ag kena buat tmpat terbuka...grenti muat kan >_<
Semasa naik KTM nk pulang ke UKM,,aku duduk bersebelahan dgn seorg gadis Cina br balik dr HKR jgk...semangat sungguh aku tgk,,,dia berpakaian Bersih 3.0 sedangkan aku hanya berpakaian Hijau+Putih (PAS tu...hehehe). Aku mintak nk bergambar dgn dia,,she's fine so snap pic....thanks k.nora tlng ambik ek.
Dalam perjalanan aku "terlena" seketika,,,alhamdulillah slamat sampai ke UKM. Aku melambai gadis Cina tersebut,,,dia tersenyum and I said: see u again sis (^_^)
~ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk
agama Allah dgn berbondong-bondong, maka bertasbihlah dgn memuji
Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Penerima taubat. ( An-Nashr : 1-3 )
~> Smoga kemenangan menjadi milik ISLAM yg mutlak Ya ALLAH...amin <~
~> Smoga kemenangan menjadi milik ISLAM yg mutlak Ya ALLAH...amin <~