Tuesday, August 24, 2010

    Dari Salman r.a. meriwayatkan pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasullullah berkhutbah kepada kami,

“  Wahai manusia, kini telah dekat kepadamu satu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik deripada seribu bulan, inilah bulannya yang Allah tetapkan puasa padanya sebagai fardhu dan Solat Terawih dimalamnya sebagai sunat.

     Barangsiapa yang ingin mendekatkan diri pada Allah pada bulan ini dengan suatu amalan sunat maka pahalanya seolah-olah melakukan amalan fardhu pada bulan lain. Dan barangsiapa melakukan amalan fardhu pada bulan ini maka akan dibalas dengan pahala seolah-olah telah melakukan 70 amalan fardhu pada bulan-bulan lain. Inilah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran sejati adalah syurga, bulan ini juga adalah bulan simpati sesama makhluk. Pada bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah.
   
      Barangsiapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari Neraka Jahanam dan dia juga memperoleh pahala sama dengan orang yang puasa tadi tanpa sedikitpun berkurang pahala orang yang berpuasa itu. Kami (para sahabat) bertanya : “ Ya Rasullullah, tidak semua orang diantara kami yang dapat memberikan sesuatu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”. Rasullullah menjawab, “Allah akan mengurniakan balasan ini kepada seseorang yang memberi makan orang yang berpuasa dengan sebiji kurma atau seteguk air atau sehisap susu. Inilah bulan yang sepuluh hari pertamanya rahmat, sepuluh hari keduannya keampunan dan sepeluh hari  akhirnya pembebasan dari api neraka. Baran gsiapa yang meringankan beban hamba sahayanya pada bulan ini maka Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.
  
   Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua lagi yang pasti kamu perlukan. Dua perkara yang mendatangkan keredhaan Allah adalah hendaklah kamu membaca kalimah thayyibah dan istighfar dengan sebanyak-banyakknya. Dua perkara yang pasti kita memerlukannya ialah hendaklah kamu memohon kepadaNya untuk memasuki syurga dan berlindung kepadanya dari api neraka jahannam.
     
   Dan barangsiapa memberi minum (berbuka) kepada orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku yang sekali minum sahaja, dia tidak akan merasakan lagi dahaga sehingga ia memasuki syurga.

     Hadis Riwayat Ibnu Khuzhaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan Imam Ahmad berkata hadis ini tidak kuat.

Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi dalam Kitab Fadhilah Ramadhan menyebut :


“Para ahli hadis telah membicarakan sebahagian perawi hadis di atas. Tetapi hadis yang berkenaan kelebihan amal ini boleh diamal dan boleh dipertimbangkan, terutamanya apabila kandungan hadis tersebut diperkuatkan dengan riwayat yang lain.

No comments:

Post a Comment