Thursday, September 30, 2010

FESYEN BERTUDUNG WANITA ZAMAN MODEN YG MENYERUPAI RAHIB WANITA (KRISTIAN)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya (tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan di sini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta


Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat


Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan


Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..


Hayatilah maksud yang tersirat pada SURAH AL-WAQIAH berulangkali...Kerana Ia Menyedarkan kepada MEREKA yang Leka Permainan DUNIA.


p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan, ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini, kita pula akan ditanya di akhirat nanti, adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)
Cara Berpakaian yg dituntut dalam Islam...


Jika anda menutup aurat sepenuhnya (bertudung sebegini)..,TAHNIAH SAYA UCAPKAN...Moga anda selamat di DUNIA dan di AKHIRAT...Amin...Moga anda menjadi pengunjung syurga dan menetap di sana selama-lamanya...Berpesanlah kepada kaum anda juga, moga mereka diberkati Allah seandainya berpakaian menutup aurat sepenuhnya..Bukan sekadar sedikit dan seketika cuma.
SALAM PERINGATAN SESAMA MUSLIM.

Monday, September 27, 2010

Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
    Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.
    
    Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
    
    Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
    
    Nabi SAW bersabda :-

    ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
    Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
    
    Dalam sebuah hadith lain pula :

     ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
    Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
    
    Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
    
    ERTI DAYUS
    suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
    1)     Sabda Nabi : -

    وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
    Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
    
    Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
    
    2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

    قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
    Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
    
    Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
    Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

    هو الذي لا يغار على أهله
    Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
    
    Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
    
    Berkata pula An-Nuhas :

    قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
    Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
    
    Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

    فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
    Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
    
    Imam Az-Zahabi pula berkata :-

    فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
    Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
    
    Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

    قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
    Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
    
    Dayus adalah dosa besar
    Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

    لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
    Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
    
    Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
    
    Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

    والقواد عند العامة السمسار في الزنى
    Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
    
    Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

    الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
    Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
    
    Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah
    Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
    
    Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
    
    Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
    
    Nabi SAW bersabda :

    من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
    Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
    
    Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
    
    'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
    Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.
    
    Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
    
    Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
    
    Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
    
    Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
    
    "habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
    
    Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Sunday, September 26, 2010

..."Dan semestinya awak, wanita2 yg membaca, lebih memahaminya"..."Dan untuk lelaki2 pula..."

perkongsian daripada seorang sahabat...KISAH BENAR...^_^


LuaHan HaTi Seorg leLaki buat Wanita yg Dicintai..

Saya selesai menghabiskan buku “Hari-Hari Dalam Hidupku” yang dipinjam dari seorang senior. Kata-kata pendahuluan yang ditulis Zainab al-Ghazali al-Jubaili dalam buku ini, menggentarkan hati saya untuk terus membaca buku ini sehingga tamat. Saya tak berapa ingat ayatnya, tapi mungkin beginilah lebih kurang maksudnya,
Kuhadiahkan buku ini :

Untuk jiwa-jiwa suci yang telah menghadap Ilahi, untuk mengadu hal kezaliman dan perbuatan manusia.
Entahlah. Saya merasa sedih dengan ayat itu, kerana ia diungkapkan seorang wanita, yang telah melalui satu siri penyeksaan yang cukup dahsyat.

Saya sentiasa terpesona dan kagum dengan wanita-wanita yang kuat. Kuat hati dan jiwanya untuk mendukung apa yang dia percaya. Dan semestinya kecintaan saya tumpah buat wanita-wanita yang mendukung kebenaran Islam walau apa jua yang menimpa mereka.

Saya hendak bercerita tentang wanita. Di saat aliran feminisme begitu asyik memperjuangkan persamaan lelaki dan wanita, wanita-wanita yang saya kagumi ini telah lebih lama membuktikan kekuatan mereka berganding bersama lelaki memikul beban agama. Di saat wanita digambarkan sebagai makhluk penuh emosi dan lemah, wanita-wanita ini membuktikan kepada dunia bagaimana mereka memandu emosi dan kelemahan itu untuk menjadi pasak-pasak dakwah. Dan tidak melampau jika saya katakan, dakwah ini tidak akan tertegak (melalui usaha manusia) tanpa wanita-wanita yang menjadi tulang belakangnya.

Untuk wanita di luar sana, ya saya sedang bercerita tentang awak. Dan jika awak mendapati tulisan ini tidak menerangkan kisah hidup awak, maka saya sedang bercerita untuk awak, supaya awak menjadi kuat seperti mereka.

Zainab al-Ghazali al-Jubaili (saya sarankan anda membaca buku “Hari-Hari Dalam Hidupku” sendiri)
” Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas seorang lelaki”
Beliau dipenjarakan atas rencana pemerintah yang begitu takut akan kebangkitan Islam. Beliau diseksa fizikal dan mental.
Seorang wanita dalam lingkungan usia 60 tahun, dihumban ke dalam bilik yang penuh anjing-anjing yang terlatih untuk menggigit dan mencakar manusia. Dihumban ke dalam bilik yang penuh dengan tikus. Dihumban ke dalam bilik tanpa diberi makan atau minum, dan lebih kejam tanpa dibenarkan untuk ke tandas selama berhari-hari. Cuba anda buat eksperimen, tidak ke tandas selama 2 hari, dan rasalah secebis dari penderitaan Zainab.

Disebat dengan tongkat sebanyak 500 kali. Kemudian disebat lagi keesokan harinya. Disebat lagi hari seterusnya. Dan hari-hari seterusnya. Hingga adakala beliau pengsan ketika disebat. Disebat di tapak kaki hingga pecah-pecah dan luka kakinya. Dengan tapak kaki yang luka itu, dipaksa pula beliau melompat. Kemudian dicampak pula beliau ke dalam bekas yang dipenuhi air. Bayangkan luka-luka seluruh tubuh terkena air.

Hampir-hampir beliau dirogol namun kuasa Allah menyelamatkannya.

Itulah secebis dari penderitaan fizikal yang Zainab hadapi. Namun ia tetap tidak melemahkan semangatnya, tidak membuatkan emosinya tunduk. Beliau ditawarkan untuk dibebaskan sekiranya beliau membuat keterangan palsu terhadap sahabat-sahabat dakwahnya, namun beliau menolak.

Seksaan fizikal dan mental tidak merubah pendiriannya mendukung agama. Kerana dia seorang wanita.

Ukhti 1

Allah mentakdirkan saya mengenali peribadi beliau, menonton pegangannya dari jauh, mengutip mutiara-mutiara pengalamannya sebagai bekalan perjalanan. Beliau yang saya kenali, begitu keras dalam mengutarakan pendapat, berani menyuarakan kelemahan-kelemahan sistem dan program, cergas menyampaikan idea-idea baru, bernas dan adakala radikal.

Kerana sikapnya ini, adakala beliau tidak disenangi oleh rakan-rakan yang lain, mungkin kebanyakannya yang tidak memahami fikrah Islam ini sejelasnya. Beliau sedar akan hal itu, namun beliau tidak pernah berganjak dari pendiriannya. Ya kebenaran itu pahit, walau diluah atau ditelan.

Allah mentakdirkan beberapa siri kemalangan dan dugaan yang menimpa beliau, untuk saya menyaksikan kekuatan jiwa beliau. Walau dengan bertongkat tidak menjadi alasan untuk beliau tidak hadir ke mesyuarat dan program-program agama. Maka apabila seorang wanita, yang bertongkat, memilih untuk ke program agama berbanding berehat di rumah, apa lagi alasan yang kita ada wahai lelaki-lelaki gagah perkasa?

Beliau pernah berada di persimpangan pilihan untuk meneruskan cita-cita dan masa depannya. Akhirnya beliau membuat pilihan yang paling memanfaatkan dakwah walaupun kurang bermanfaat untuk cita-citanya. Betapa tabah hatinya mendukung agama ini, kerana dia seorang wanita.

Ukhti 2

Allah mentakdirkan saya belajar di kawasan yang dipenuhi wanita-wanita hebat. Hebat akhlak dan budinya, tabah jiwa dan emosinya. Mereka mendukung antara satu sama lain menghadapi segala dugaan. Mereka berkongsi bahu dengan tangisan, dan berkongsi air mata dengan doa.

Tidak semua orang senang dengan wanita-wanita ini, atas pelbagai sebab. Saya juga pernah menyaksikan mereka menghadapi zaman-zaman tribulasi akibat salah faham yang hebat, dan menyaksikan air-air mata mereka berjujuran demi dakwah ini.

Mengenali mereka menjadi hujah yang kuat bagi saya, bahawa tidak ada sebarang alasan bagi wanita terkecuali untuk berjuang bersama-sama lelaki dalam menegakkan agama ini. Bahkan mereka membuktikan, dalam sesetengah hal, sebenarnya mereka lebih jauh ke hadapan berbanding lelaki-lelaki yang berjiwa manja. Mereka tidak kisah dibenci manusia, kerana mereka seorang wanita.

Ada begitu banyak lagi kisah yang tersimpan sebenarnya, di dalam kehidupan wanita-wanita yang mendukung dakwah dan risalah ini, namun saya rasakan bukan saya orang yang paling layak mengulasnya. Mereka setia dengan tudung di negara asing, walau ramai mata yang memandang pelik. Mereka setia dengan pakaian menutup aurat meskipun di negara yang penuh dengan fesyen yang menggoda. Mereka terus melabuhkan pakaian walaupun dalam cuaca musim panas yang ada ketika mencecah 37 darjah celcius.

Saya akui hingga kini, saya tidak pernah boleh memahami mereka. Saya tidak bisa memahami bagaimana jiwa mereka boleh menjadi sebegitu kental menghadapi dunia yang kian menghentam pendirian mereka.

Dan semestinya awak, wanita-wanita yang membaca, lebih memahaminya. Saya doakan awak terus tabah dan kental mencatit lembaran sejarah dakwah dengan air mata dan darah.

Dan untuk awak, yang seperti saya tidak memahami wanita-wanita ini, marilah bersama-sama mereka menyusuri jalan dakwah ini. Di sana awak akan bertemu lautan wanita-wanita berjiwa besi, dalam kelembutan dan kesopanan kata-katanya tersimpan ketegasan yang mampu menggegarkan dunia.

Dan untuk lelaki-lelaki pula, mari kita muhasabah dan ukur nilai diri, di samping wanita-wanita ini.


WASSALAM...^_~


Saturday, September 25, 2010

"Van Ajaib" ke PUTRAJAYA

Hari ini merupakan hari yg sgt mengembirakan, melucukan tp best sg3x...hehehe
nk cakap menang lOteri x tp sbb bleh g jalan2 ke putrajaya dgn "VAN AJAIB" (nama yg diberi khas oleh abe mad), bunyinya lucu tp 2lah hakikat sbnrnya...huhuhu.
Perancangan awal kami ber-14 org pg tadi ialah utk pergi ke Open House yg dibuat oleh Ust Harun (ustaz yg mngajar Maharat) di Surau An-Nur kt Country Height (kt mne xingt dah...huhuhu) dgn van t'sebut. Kami b'tolak dlm kul 11.30 kot, abe mad sewa van 2 utk membawa kami ke sana. Disebabkan bil. kami melebihi muatan, jadi kami t'pksa berhimpit2 utk m'bawa 12 org muslimat & 2 org muslimin (abe mad & safiudin) yg duduk di depan, cuba bayang bagaimana kami berada dlm van 2 dr UKM ke Country Height dan seterusnya ke Putrajaya dan last skali pulang dgn slamat ke UKM tanpa ditahan oleh POLIS, tp xper kami bawa sukses atas van 2 sbg backup...hehehe
Kami xrancang pOm nk pergi Putrajaya tp disebabkan van 2 disewa utk 7 jam, sO kami mesti m'gunakannya tepat dgn masa sO apa ag plan ke Putrajaya tercetus utk melihat Masjid Besi (idea Safiudin). Slps sOlat zohor di surau An-Nur, kami meneruskan p'jalanan ke Putrajaya. Perasaan takut memang ada tp perasaan hepy lebih mnguasai sbb dpt jalan2...perasaan takut 2 dtg bila saja t'nampk "polis" tp buat cOol n rilex jer...hehehe,,fuhhh..nasib baik slamat.
Sampai kt Putrajaya, smbil pOsing2 b'gmbr...kami b'jumpa dgn visitOrs frOm "SHANGHAI". Kami b'gmbr bersama2, diOrang baik sgt2. Byk gak fOto yg diambil, ble r plak nk jumpa diOrang...huhuhu
Puas b'gambar kat Putrajaya 2, kami berhenti sekejap dekat dgn Masjid Besi utk bergambr,, ni adalah last destinasi kami hari ini, last fOto ialah b'gmbr dgn "VAN AJAIB", sO nice...hehehe
Dalam kul 4 kami pulang dgn perasaan sgt gembira tp suasana pulang xseriuh mana sbb smuanya nmpak letih tp hati kami sgt bahagia...xgitu kawan2x???????huhuhuhu
Abe mad hantar kami pulang sampai ke kolej masing2,, syukran abe mad & safi sbb bw kami prgi jalan2. Syukur sgt2x sbb xder bnda buruk yg berlaku sepanjang perjalanan kami.

b'gmbar dgn Ustaz Harun & wife

Surau An-Nur

Putrajaya

pOsing dgn Chinese Shanghai

Masjid Besi

Kenangan dgn "Van Ajaib"