Tuesday, December 27, 2011

*~ 7 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN ~*

Setiap orang akan menduduki "Peperiksaan Akhir" di hujung semester. Oleh itu, wajar bagi semua orang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Di sini terdapat beberapa tips sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Antaranya ialah :

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Tidak kira di mana saja anda berada bacalah nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan seperti lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
     Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika dalam kuliah mahupun sewaktu belajar sendiri di bilik. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
    Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang merupakan sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
   Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
   Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis seperti pen. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
   Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke Dewan Peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke Dewan Peperiksaan. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah berada dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
   Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
   Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel.
   Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
   Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu untuk  menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan..."SOLAT TAHAJJUD, SOLAT TAUBAT & SOLAT HAJAT".

Diharap dengan panduan tip-tip di atas, anda akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…
GOOD LUCK EVERYone!!!

Tuesday, December 20, 2011

*~~Bahagiakah @ku~~*


>> Bahagiakah aku bila dia bahagia walaupun BUKAN denganku..<<

✿~ Sekuat mana kita setia..
✿~ Sehebat mana kita merancang..
✿~ Sejauh mana kita menunggu..
✿~ Sekeras mana kita bersabar..
✿~ Sejujur mana kita menerima..

NAMUN..jika ALLAH tidak menulis JODOH kita bersama, kita tetap TIDAK akan
bersama..

>>> Menjadi BAIK, bukan bermakna kamu sentiasa MENDAPAT yang baik..jangan lupa kamu sentiasa LAYAK diuji..dan jangan lupa, disamping KEWAJIPAN menjadi baik, kamu juga perlu sentiasa BERSANGKA BAIK..♥♥

Saturday, December 10, 2011

~* 7 Productive Steps To Balance Your Study Schedule *~

1. Understand Your Intentions

Every step that you take towards the masjid is rewarded. Every morsel that you feed your spouse is rewarded. So, what about all the halaal activities that you toil with throughout the day?
Your first step is to avoid despair, because falling into the trap of despair, and feeling overwhelmed actually reduces your stamina. Keep your intentions clean, and increase your focus by remembering the reasons behind your studying. Say Bismillah and proceed.

2. Set Your Priorities

This is worn-out advice, but that is only because it is, by far, the most important aspect of time management.
An average Muslim youth has the following activities to balance:
  • Obligatory prayers and fasts (during Ramadan)
  • Obligatory charity and community service
  • Studies (both secular and Islamic)
  • Extra-curricular activities (ECAs)
  • Part-time job
A student usually divides the day into time slots (specific number of hours), and apportions a couple of hours to each activity. However, what if you do not have enough hours for one activity, and/or a conflict of interest arises? This is when you should prioritize.
If you have two activities at hand – obligatory prayers and studies – then, needless to say, you must offer your prayers first. Similarly, you need to put studies above ECAs and jobs, because better opportunities for ECAs and jobs usually come and go, but you will not get a second chance to sit for your exams.
Also, studies are important if you want to get a good job to earn a living, to give in charity, to influence others positively, to initiate social development projects, or even to visit the House of Allah.
Reduce activities which are not priorities, such as chatting endlessly on Skype/Facebook. Surprisingly, these not-so-important activities take up most of our time. Why? Because we lose focus, and do not prioritize.

Before taking up any project/activity, ask yourself:                        
a. Is it important/obligatory?
b. Can this be done later?
Prepare your list of priorities based on the answers of the above two questions.

3. Do Not Procrastinate

Do not wait for the last minute. A time clash usually occurs when you let your work pile up.
If you have exams next week, start preparing now, so that if you have an exciting competition/project taking place at the same time as your exams, you can easily participate without fretting over your exam preparation.
Similarly, if you plan to develop a particular hobby, do it during your vacation – way before the exam pressure kicks in. If you are eager to participate in a competition – an essay writing competition for instance – then write as many essays as possible, or at least create some basic plots for your essay, during your vacation. That way, if there is a competition taking place when you are already reeling with exam preparation, you can easily participate by turning in an essay which you have already written (if it suits the criteria of the competition).

4. Control the Number of Projects You’re Involved With

Taking fewer projects often means controlling the quality of commitment you can offer. If you are running numerous projects, and a few of them are taking a toll on your health, and other prioritized duties, then keep those projects inactive for the time-being (according to the order of priorities).
Alternatively, you can appoint a trusted friend to run the projects temporarily on your behalf.
Join time management training programs (both secular and Islamic ones). Productive Muslim and Productive Ramadan have some great resources on time management. “Learn More, Study Less”, conducted by Scott H. Young, provides great resources, too.

5. Understand Yourself

Understand your capacity! Do not think you can take up 24 projects because you have 24 hours. Many projects require, for example, 8 hours of work. Therefore, decide wisely, and remember to leave sufficient time for all other activities.
Remember, stretching yourself very thin may impact the quality of the services/volunteer work you offer. Choose your participation wisely and commit yourself completely when you do offer your time and energy.

6. Keep a Day Planner/Log

This is something many of us (including myself) trivialize, but once we start using it, we really understand its importance. A day planner/log/list (of priorities, appointments, and other commitments) helps you to:
  • avoid missing deadlines and appointments
  • take up only as many projects as possible according to your capacity and time
  • avoid a time clash (too many assignments / more than one appointment at the same time)
  • prepare early for an excellent outcome

7. Make Du’aa

Did you prepare a list of du’aa to make during Ramadan? Well, incorporate this list during the rest of the months of the year! Include prayers for time management, too. Ask Allah to grant you the skills of time management, and to bless your time and effort.

*Practise Make Perfect...^_~

Sunday, October 16, 2011

~* KejOhan@n Badminton GP 3053 *~

Hari ni aku masuk pertandingan "BADMINTON" dlm Kejohanan Badminton GP3053 anjuran Semut Smash Kursus Pengurusan Ko-kurikulum Sekolah (GGGP3053). Ingatkan pada mulanya aku xleh main,,yela aku juz pemain simpanan utk pemain wanita individu. Untuk game pertama, grOup aku (GARUDA EMAS) yg diwakili oleh Safiudin utk individu lelaki dan Rawaida utk individu wanita serta Muaz & Abg Faris untuk beregu lelaki menentang grOup Simply 9,,utk kesemua game ini grOup aku menang....HEPY SANGAT!!!!!!!!!!!!!!
Untuk game seterusnya, grOup aku perlu menentang grOup KAMI di mana Safiudin utk individu lelaki, aku utk individu wanita dan Muaz & Abang Faris beregu lelaki. Alhamdulillah utk game kedua ini pOm grOup aku menang....SYUKUR,,ALHAMDULILLAH!!!
First time aku masuk pertndingan badminton,,sblm ni juz main2 hilang bOring jer kat rumah...walaupOm pertndingan ini pertndingan kecil antara batch aku tapi rasa hepy sbb bleh main dan menang...huhuhu
Keputusannya: grOup GARUDA EMAS nOmbor 1, grOup KAMI nOmbor 2 dan grOup SIMPLY 9 nOmbor 3. Untuk kesemua pemenang kami menerima hadiah berupa "Sijil dan Medal"....ni sbg kenangan r org kata...^^
Kenangan sungguh r masa bertanding tadi,,yg lucunyer aku trasa lantai tu licin sgt...nasib baik r xtersungkur masa main klu x nasib r...huhuhuhu (gernti malu punyer)
Juz fOrget abOut it,,,yg penting aku dapat main dan MENANG...alhamdulillah.

Sijil Penghargaan

Medal JOHAN (my grOup-GARUDA EMAS)


**Lain kali harap2 bleh main ag...^_~

Thursday, October 13, 2011

~~**Hilangnyer STRESS**~~

Letihnyer malam ni tp trasa best sgt2 sbb bleh main badminton,,dah lame rasenyer xmain...tp still "ok" ag r aku main,,hilang rasanyer stress aku malam ni (walaupOm krja still byk ag)...hehehe
Start main pd pkul 9 malam,,pada mulanya aku lawan dgn kak afzan tp lepas 2 main bregu...best sgt2...huhuhu
Rest jap,,lepas 2 praktis cherss group "GARUDA EMAS".
Lagu ni simple tp layannnnnnnn....juz hear it:
Di mana jua kita berada,
orang kan tanya siapa kita,
kita kan jawab,
GARUDA EMAS...OOOO (3X)
nk dengar juz tunggu grOup kami buat...^_~

pukul 11.00 malam kami berhenti main n balik,,thanks Safiudin & Muaz yg ajar dan bg chance utk kami smua main malam ni...geng Garuda Emas.

JOm tidur...penah sih...huhuhu

GUD NITE WORLD!!!!!!!!!!!!!!!!!c u 2mOrrOw


Saturday, October 8, 2011

s@y@ngkah ALLAH kepada Perempuan???

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak ken...a tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi